Uii?Tak kan tengok je.:)

Isnin, 8 Julai 2013

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Sekadar berkongsi RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU yang saya buat untuk KASIH. Format ini juga tidak berdasarkan apa yang diperlukan dalam praktikum untuk guru pelatih. Jadi, jadikan RPI ini sebagai rujukan sahaja. Kemahiran juga menggunakan kemahiran Pemulihan dan bukannya konstruk LINUS. Terima Kasih. 



Si BunnyDonlod akan menolong anda untuk memuat turun dokumen. Klik pada BunnyDonlod.





Rancangan Pengajaran Harian

Ini adalah RPH yang saya telah buat..ini telah di ringkaskan untuk disesuaikan dengan KASIH agar PdP tidak terlalu padat..Jadi, untuk para guru, diingatkan bahawa, INI BUKAN FORMAT SEBENAR RPH yang harus ditiru. Cukuplah sekadar berkongsi langkah-langkah dalam PdP yang saya lakukan.. Untuk guru pelatih, format ini tidak sesuai untuk anda buat dalam RPH semasa praktikum...




 
Klik pada Si BunnyDonlod untuk memuat turun dokumen.

Khamis, 16 Mei 2013

Untuk Cikgu Kamal bin Ludin


Untuk Cikgu Kamal bin Ludin

cikgu..ini name card yg cikgu buat utk saya dulu..saya masih ingat kami sekelas brgambar ramai2 macam org sakai waktu 2..lepas 2 cikgu potong muka setiap sorang..tampal kat namecard yg cikgu buat sendiri..waktu 2 belum ada mesin laminate lagi..cikgu selotape namecard kami dengan selotep supaya tahan..memang masih tahan cikgu...masih saya simpan smpai sekarang...kemana2 tempat saya belajar saya bawa namecard yg cikgu buat ni..wlaupun muka sy mcm budak sakai x penah tengok org bawak kamera masa 2...sekarang sy sudah ada kamera sendiri cikgu..sy boleh gmbar apa2 sja yg saya mau...cikgu..dulu sy bercita2 nak jadi penulis..sbb waktu 2 sy suka membaca..novel,majalah,buku cerita surat kbar dan macam2 lagi..saya masih suka mmbaca lagi sekarang cikgu..tapi cita-cita sy x kesampaian cikgu...maafkan sy cikgu..cikgu,ingat x masa sains dulu?cikgu selalu bawa kami pegi makmal sains buat eksperimen?ckgu suka buat eksperimen yg macam2 walaupun masa 2 sekolah kita sangat daif..brg utk buat eksperimen pun sikit...tapi sy masih ingat lagi masa kita teropong kulit bawang guna mikroskop..kita teropong kulat2 kat nasi basi..lepas 2 cikgu tunjukkan kekuatan telur ayam yg x dpt d pecah kalau ditekan guna kedua2 tapak tangan..sy masih ingat juga cikgu letak air dalam baldi kecil..baldi 2 cikgu letak kat sebuah papan kecil yg cikgu ikat guna wayar..cikgu pusing2 tapi air 2 x tumpah..sy x tau kenapa...tpi skrang sy sudah tau sebabnya..ckgu x dapat tipu sy lagi..sy masih ingat juga cikgu bagi kami sebatang mancis seorang..lepas 2 kita brkumpul d gelanggang sepak takraw..siapa dulu nyalakan mancis guna kanta pmbesar dia menang..sy kalah waktu 2 cikgu..semua orang gembira..cikgu buat banyak sangat eksperimen sains..kami lebih senang bljar sains dgn buat eksperimen...dan utk pengetahuan cikgu..saya dapat A utk sains masa upsr..mesti cikgu bangga kan?hehe..cikgu..sy nak ucap terima kasih sebab tumpangkan sy naik moto besar cikgu dulu..waktu 2 moto mak saya rosak..x dapat hntar saya pg sekolah..nsib cikgu ada..kalau x jalan kaki sy pegi sekolah masa 2..seronok naik motor besar cikgu...macam Awie dlm cerita Sembilu!!..Cikgu..saya masih igt lagi masa ujian penggal dulu..sy sudah siap jawab soalan..lepas 2 saya lukis2 kat bhgian blkng ketas soalan..sy tau cikgu x marah..sebab sy nampak cikgu pun tgh melukis kat meja guru..cikgu sgt pandai melukis!saya pun nak pandai lukis macam cikgu!!..cikgu..masih ingat x MSSR kat kompleks sukan Limbang dulu? waktu 2 skolah kita mnginap d maksak Limbang..sy wakil lontar peluru..kat sekolah kita waktu 2..saya la budak lelaki paling besar..tapi sampai saja d kompleks sukan Limbang 2..makoii!!suma org lontar peluru lagi bsr dari saya!sya la paling kurus..tapi cikgu tetap bagi smgat kat saya..sya cuba sehabis baik wlaupun saringan sy x lepas lngsung...pagi esok 2 saya ingat lagi cikgu beli mee kolok untuk sarapan pagi semua kontingen..harga mee kolok tu cuma RM1.50 saja..waktu 2 saya bawak rm5.00 saja untuk MSSR 3 hari..hari seblum 2 saya dah pakai duit..tinggal RM2.00 lagi duit saya masa 2..kalau saya bayar cikgu waktu 2..sy cuma ada baki 50sen saja..jadi sy janji nak bayar cikgu kat sekolah..tunggu sy minta duit lagi dari bapak sy..cikgu kata ya...bila hari Isnin, sy nak bayar dekat cikgu..bapak saya bagi rm1.50..sy x bagi tau bapak saya yg saya belum bayar mee kolok 2..jadi..duit yg bapak sy bagi rm1.50 tu untuk kami adik beradik seminggu di sekolah..50sen untuk saya..50sen lagi utk adik sy yg tahun 2..50sen lagi utk adik yg tahun 1..x adil kalau sy pakai rm1.50 tu untuk bayar duit mee kolok cikgu...jadi..saya nekad nak kumpul duit..bayar balik RM1.50 cikgu 2..saya dah janji dgn cikgu saya akan bayar..sya masih hutang dengan cikgu..saya belum bayar smpai sekarang kan cikgu?cikgu..sekarang saya dah jadi Cikgu..macam cikgu juga...2 bulan dah sy mngajar di S.K Aru Baru, Lawas. hujung bulan ni saya dapat gaji pertama saya..saya dah janji akan bayar RM1.50 cikgu tu..tapi..di mana sy nak bayar cikgu?macam mana saya nak cari cikgu?semenjak cikgu masuk hospital sebelum kami UPSR dulu cikgu tak datang2 lagi pegi sekolah..cikgu ingat kan kami sekelas pegi melawat cikgu kat hospital masa 2?minta izin ilmu yg cikgu bagi sebelum kami UPSR..sy tengok rambut cikgu dah x da..kepala cikgu botak xda sehelai rambut pun..bulu kening pun x ada..misai dan janggut cikgu pun x ada lagi..waktu 2 sy x faham kenapa cikgu cukur?kenapa?cikgu..lepas hari 2 cikgu x balik2 lagi ke sekolah..kenapa cikgu?cikgu marah ke saya x bayar hutang 2?tapi sy janji nak bayar kat cikgu...lepas habis UPSR baru saya tau cikgu dah x mngajar kami lagi..cikgu dah pergi jauh..jauh ke tempat yg lebih baik..lebih sempurna...dan x kan kembali lagi ke dunia kami...cikgu...hujung bulan ni sy akan bayar hutang cikgu guna duit hasil titik peluh saya sendiri..duit gaji saya sebagai Cikgu..sy dah jadi macam cikgu..pakai necktie..baju panjang..seluar slack..kasut hitam....smart..macam cikgu juga...cikgu,saya akan bayar hutang saya rm1.50 tu..saya akan cari d mana rumah cikgu...saya akan cari kat mana jasad cikgu bersemadi..saya janji cikgu..

maafkan segala dosa,salah silap saya & berhutang x bayar2 dgn cikgu, izinkan ilmu yg cikgu ajar selama ni...Selamat Hari Guru...saya sayang cikgu!

yang ikhlas,
anak murid cikgu paling nakal.
Jhowiezacheus John
Tahun 6(2001), S.K Tanjong Limbang.

Rabu, 15 Mei 2013

Konvokesyen Graduan PISMP Ambilan Januari 2009

Selain dari konvo tingkatan lima tahun 2006 dulu, inilah majlis konvokesyen yang penuh bermakna buat Tok Wie setelah berhempas pulas selama 5 tahun setengah demi segulung ijazah. Saya nak kongsikan serba sedikit informasi mengenai perjalanan majlis itu nanti di PICC.

Tarikh       : 26 – 29 Mei 2013 (Ahad – Rabu)
Masa        : 8.00 pagi – 5.30 petang.
Tempat    : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

KUMPULAN 1 | 26 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI  0900-1030 | PENDAFTARAN 1100-1300
 
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Bahasa Melayu
Sidang 1
27 Mei 2013 – Isnin
0830– 1200
B. Ed. Tesl
Al-Quran
Pendidikan Jasmani
Sidang 2
27 Mei 2013 – Isnin
1415 – 1730
Pend. Khas (Pembelajaran)
Pend. Khas (Pendengaran)
Pend. Khas (Bahasa Tamil)
Pend. Khas (Penglihatan)
Pend. Khas (Bahasa Melayu)
Bahasa Cina
Sidang 3
28 Mei 2013 – Selasa
0830 – 1200
KUMPULAN 2 | 27 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI 1400-1630 | PENDAFTARAN 1630-1730
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Sains
Sidang 4
28 Mei 2013 – Selasa
1415 – 1730
Pengajian Sosial
Pendidikan Islam
Reka Bentuk Dan Teknologi
Sidang 5
29 Mei 2013 – Rabu
0830 – 1200
Matematik
Pendidikan Seni Visual
Sidang 6
29 Mei 2013 – Rabu
1415 – 1730
Muzik
Prasekolah

PAKAIAN DAN PENAMPILAN SEMASA KONVOKESYEN 
  • LELAKI; Baju Kebangsaan Lengkap Bersamping (Warna Gelap), dan Songkok hitam 
  • Lounge Suit (Warna Hitam) dan tali leher 
  • Kasut Kulit Hitam - berkilat 
  • Stoking Gelap 
  • Rambut Pendek, Misai dan janggut didandan 
  • WANITA; Baju Kurung atau Kebaya Labuh atau Pakaian sesuai – Warna tidak terlalu terang 
  • Pakaian kebudayaan, skirt dan seluar panjang tidak dibenarkan 
  • Kasut Kulit Hitam (‘court shoe’)tinggi sekurang-kurangnya 1.5 inci. Kasut sandal tidak dibenarkan 

YURAN KONVOKESYEN 
  • Bayaran RM 200.00 jika hadir. 
  • Bayaran RM 100.00 jika tidak hadir – wajib bayar walaupun tidak hadir. 
  • Bayaran perlu dibuat dengan menggunakankiriman wang/wang pos semasa mendaftar. Bayaran dibuat atas nama “PENGARAH, IPG MASING-MASING”. Tuliskan Nama, Bidang Pengkhususan dan Ambilan di belakang wang pos berkenaan. 
  • Bayaran tunai boleh dibuat semasa pendaftaran di PICC jika menghadapi masalah urusan pos. 
PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH 
  • Jubah boleh diambil semasa hari pendaftaran pada 26 Mei 2013 dan 04 Jun 2013 di kaunter pendaftaran di Lobi Aras M, PICC, Putrajaya. 
  • Pemulangan jubah dibuat selepas majlis konvokesyen selesai di kaunter yang sama. 
  • Ijazah hanya akan diberi selepas syarat berikut dipenuhi iaitu jubah telah dipulangkan dan semua hutang dengan institut (jika ada) telah dijelaskan termasuk pemulangan buku perpustakaan dll.
MUAT TURUN BORANG BERKAITAN
Lampiran 1 : Borang Pengambilan Pakaian Akademik
Lampiran 2 : Borang Kebenaran Kepada Wakil Untuk Mengambil Pakaian Akademik (Jubah dan Topi)
Lampiran 3 : Borang Kebenaran Wakil Mengambil Ijazah dan Transkrip/Ijazah dan Transkrip dipos
Lampiran 4 : Borang Pengesanan Graduan



Isnin, 13 Mei 2013

Logo & Nama

Setelah menukar nama kelas Pemulihan menjadi Kamar Sinar Harapan, saya juga telah mereka logo untuk KASIH ini. Logo KASIH ini akan saya gunakan dalam letter head tidak rasmi surat2 atau laporan dari KASIH...logo dan nama telah mendapat kelulusan dari GB untuk digunakan..tetapi hanya untuk dalaman sahaja..beerti ia tidak boleh digunakan untuk surat menyurat atau laporan ke PPD...

cadangan GB juga untuk membuat logo dan nama KASIH pada papan yang lebih senang dilihat di luar kamar..idea yang bernas...akan di laksanakan kemudian hari.. ^^,



inilah dia reka bentuk logo untuk KASIH ini..dengan taglinenya.."anak kita, masa depan kita."..tak pernah dibuat orang kelas pemulihan ada logo sendiri..hahaha..buang tebiat dah pak cik ni..

Langkah Sinar Pertama

Blog ini adalah wadah untuk saya mendokumentasikan atau berkongsi segala maklumat mengenai perkembangan kelas Pemulihan sekolah saya atau lebih suka saya sebut Kamar Sinar Harapan. Sebenarnya, murid saya gerun mendengar nama kelas Pemulihan kerana mungkin ia seolah2 penjara untuk murid-murid di sekolah. Dipaksa belajar, buat latih tubi banyak2!kena suruh mengeja..mengira...blablabla...

Sebagai cikgu, saya sendiri pun gerun mendengar nama Pemulihan. hehe..jadi, saya telah menukar nama kelas Pemulihan saya menjadi Kamar Sinar Harapan. Sebuah kamar yang memberi sinar baru yang penuh harapan untuk melihat murid yang menghuni kamar ini berjaya suatu masa kelak. Dan maksud SUATU MASA KELAK itu tidak tertakluk pada terma dan syarat. Mungkin esok, lusa, tahun depan atau 10 tahun atau 30 tahun akan datang. Dengan sinar yang disuluh masa kini harap murid2 ini akan berjaya suatu masa kelak. Siapa tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tiada yang tahu.

Jadi, ini adalah langkah pertama saya dalam memberi sinar harapan dalam diri murid-murid saya. Doakan kejayan saya.

Di ruangan ini juga saya akan berkongsi segala maklumat mengenai LINUS, PROTIM, ABM pemulihan, RPH, RPT dan sebagainya dengan guru lain. Tapi, buat masa sekarang, saya masih membentuk Kamar Sinar Harapan (KASIH) saya menjadi tempat yang kondusif untuk murid-murid saya.

 Tima Kacih!