Uii?Tak kan tengok je.:)

Rabu, 22 Januari 2014

Cara-cara Untuk Memuatnaik Documents/File/ Dalam Google DRIVE

Baik, untuk post kali ini saya akan berkongsi serba sedikit cara bagi mengelakkan maklumat anda hilang apabila hardisk anda rosak atau diserang virus. Selain dari “backup” file-file anda di dalam external hardisk (agak mahal-RM100/+-), ada kaedah yang lebih mudah dan selamat untuk anda menyimpan file-file mustahak anda. Saya ingin kongsikan kaedah ini kerana pada tahun lepas, saya kehilangan segala maklumat-maklumat mengenai kelas Pemulihan saya, file AR/tesis, video dan gambar-gambar yang telah saya kumpul sejak mula menjejakkan kaki ke institut perguruan.(JANGAN JADI SEPERTI SAYA!!) Jadi, saya akan kongsikan cara MURAH+MUDAH ini kepada anda.

Mula-mula, anda perlu memiliki akaun Google Mail terlebih dahulu. Jika belum ada, saya cadangkan anda agar membuat akaun terlebih dahulu. Sesudah itu baharulah saya akan terangkan lebih lanjut kaedah MURAH+MUDAH ini..

10minit kemudian…

Sudah memiliki akaun Google? Bagus! Sekarang kita boleh mula kaedah MURAH+MUDAH ini. Kaedah ini sebenarnya penyimpanan data-data di dalam hard drive akaun Google anda sendiri. Ini adalah teknik yang baru saya pelajari atau mungkin baru diperkenalkan oleh Google. Baik. Saya akan terangkan dengan mudah berdasarkan gambar di bawah.
  1.        Buat akaun Google
  2.        Login ke akaun dan buka gmail anda.
  3.        Lihat dipenjuru atas kanan dan tekan pada apps tersebut.

  4.    
  5.        Terdapat beberapa pilihan akan keluar dan tekan pada DRIVE.
  6.        Sekarang anda boleh muat naik file-file yang anda ingin dengan kaedah DRAG & DROP sahaja.
  7.  
  8.        Jika anda ingin drive anda lebih kemas, tekan pada butang CREATE dan namakan folder tersebut       dengan nama yang anda suka. 
  9.        Muatnaik file-file anda dan simpan kedalam folder mengikut kategori agar memudahkan anda pada     masa akan datang.
  10.        SELESAI!!mudah bukan?

Di sini, data anda selamat dari diserang virus (melainkan Google di”hack”) dan selamat dari dimakan anai-anai. Kini anda tidak lagi perlu membeli hardisk yang banyak dengan harga mahal. Muatnaik sahaja di Google Drive dan anda boleh buka dimana-mana sahaja tanpa perlu membawa hardisk atau laptop anda sendiri. Pinjam laptop kawan dan printout..Senang bukan?..semoga perkongsian ini bermanfaat..Terima Kasih!!


KASIH Bersinar Kembali

Tahun 2014 menjelma meninggalkan kenangan 2013 yang terpahat kemas di ingatan. Apa yang ditinggalkan dahulu kini menjadi kenangan. Moga segala yang dilalui tahun sudah menjadi pengajaran dalam menimba pengalaman di bumi Tuhan.


Seperti siput..kehidupan ini singkat..
tapi kita terlalu perlahan untuk menongkah arus kehidupan..


Minggu ini selesai sudah segala Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik untuk calon-calon penghuni KASIH (Kamar Sinar Harapan) bagi sesi 2014. Dua orang murid tahun lepas masih menghuni kamar ini dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Cuma belum cukup mencapai tahap untuk melepasi Ujian Pelepasan untuk ke kamar Perdana pula.

Penghuni KASIH baharu..set induksi..kekemasan diri..
walaupun kita PEMULIHAN, tapi kita kemas..^_^

Tahun ini, 9 orang calon disenaraikan untuk diuji bagi menjalani Ujian Saringan dengan instrument terpilih iaitu IKAM & IPP2M. Seorang calon lulus sepenuhnya melepasi kesemua ujian yang diberi. Maka, tinggal 8 orang sahaja yang akan diserap masuk ke KASIH tahun ini. 2 orang murid tahun 1 akan diserap untuk mengikuti pembelajaran LINUS manakala 4 orang murid tahun 2 “Berjaya” diserap ke KASIH. Dua orang murid tahun 3 dari kohort KASIH 2013 masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas. Hihi.

Keseronokan bermain air..mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu kala..

Demi Sekerat Ilmu..si Bulat..walaupun terpaksa mengharungi banjir, ia tidak mematahkan
semangat anak Pra Sekolah ini untuk turun ke sekolah..

Diharap, penghuni KASIH tahun ini lebih bersemangat untuk belajar dan mengikuti sesi PdP bagi melayakkan diri ke kamar Perdana. Walaubagaimanapun, hanya hari Isnin sahaja PdP berlaku minggu ini atas sebab banjir. Situasi ini mengungkit kenangan lama zaman kanak-kanak dahulu menikmati keseronokkan bermain air. Cuaca seringkali hujan baru-baru ini. Diharap ia tidak menggangu sesi persekolahan kita. Semoga cikgu sekalian lebih bersemangat menempuhi hari-hari mencabar di dalam kelas Pemulihan masing-masing. Semoga Berjaya!! 

p/s : follow instagram saya.. #JhowieZacheus...hehehe

Ahad, 12 Januari 2014

BUAT NAMECARD + TEMPLATE

Tahun ini, saya dilantik sebagai guru penyelaras Pusat Sumber memandangkan bilik Pemulihan berkongsi bangunan dengan Pusat Sumber sekolah dan hanya dipisahkan oleh rak-rak buku. Selepas ini, kedua-dua bilik ini perlu diubahsuai ataupun digabungkan terus mungkin? Terlintas juga difikiran untuk mewujudkan sebuah kelas Pemulihan di dalam Pusat Sumber atau Pusat Sumber di dalam kelas Peulihan. Hmm...ada idea yang lebih elok? Tak mengapa..biar saya mulakan dengan lantikan pengawas Pusat Sumber dahulu. 


Untuk menyuntik semangat murid-murid yang dilantik ini, saya buatkan mereka nametag ini. Disini saya sertakan nametag yang saya buat dan contoh templatenya sekali. Jika cikgu berminat, silalah PM saya cepat-cepat dan edit sahaja menggunakan Microsoft Words. Bubuh logo sekolah, nama sekolah, nama murid, tahun dan gambar murid. Format PNG template ini membolehkan cikgu-cikgu sekalian untuk drag sahaja gambar di belakang template dan letak elok-elok di dalam frame. Senang..selamat mencuba!! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..TQ!!

Hadapan
Belakang

Template Warna-warni!







Jumaat, 10 Januari 2014

BANNER MAULIDUL RASUL + TEMPLATE

Ini adalah design banner yang saya buat untuk sekolah saya bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada minggu hadapan. Mujur ada sedikit pengalaman membantu membuat kain rentang di maktab suatu ketika dahulu. Tetapi waktu tu kami masih menggunakan lukisan tangan dan cat PELAKA.

Untuk kali ini, kami menggunakan banner yang diprint di kedai kerana masa sudah terlalu singkat untuk membuat banner dengan lukisan tangan. Untuk design ini saya gunakan Adobe Photoshop CS3 dan dengan bantuan idea dari 3 guru lain  iaitu Cikgu Din, Ustaz Amin & Ustaz Hanif. Empat kepala dalam 1 banner..hehe..harap bila dah siap print esok tak ada masalah print pulak..

dengan ini saya sertakan hasil banner yang dah siap dan template background sekali..tulisan bubuh sendiri ye..hehe..semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. TQ!

Original Blue
Purple

Red


Orange

Blue

Green


Selasa, 7 Januari 2014

JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK [ 01 FEBRUARI 2014 ]



Ramai orang kata, kerja seorang GURU ni senang. Masuk kelas kepit buku biru kat ketiak smbil hayun-hayun rotan kiri kanan lepas tu ambil kapur dan tulis ikut buku teks manakala murid-murid salin balik apa yang cikgu tulis. Itu cerita P.Ramlee cik adik oi..realitinya kami guru ni, bidang tugasnya luas. Kadang-kadang ada yang di luar kemampuan cikgu itu sendiri. Makanya, dengan mukadimah yang panjang lebar ni, saya cuma nak beritahu, selain mengajar anak-anak orang kampung, kami juga kadang-kadang diminta mengisi borang mencari pekerjaan secara online ataupun manual. Jadi, dengan sedikit maklumat berdasarkan pengalaman saya ini, saya kongsikanlah iklan kekosongan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi 2014. Kepada guru-guru yang turut membantu mencari jawatan kosong tu, ini sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya kongsikan..semoga bermanfaat ya..hehe..



Bagi yang dah mengisi maklumat PENDAFTARAN SPA8i pada tahun lepas, ada satu maklumat penting yang anda perlu tahu. 
 SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN (SPA8I) TELAH DITAMBAH BAIK DAN SEMUA PEMOHON DIMINTA UNTUK KLIK 'DAFTAR AKAUN BARU'.

Berikut adalah kekosongan jawatan yang ditawarkan di Sarawak. Antara syarat yang wajip adalah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan selain berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan.


1. Arkitek, Gred J41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)

2. Pegawai Penilaian, Gred W41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)

3. Penolong Akauntan, Gred W27 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan)

4. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Gred J17 di Kem. Pembangunan Sosial (1 kekosongan)

5. Pembantu Syariah, Gred LS17 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)

6. Pembantu Perikanan, Gred G17 di Jabatan Pertanian (5 kekosongan)

7. Pembantu Veterinar, Gred G17 di Jabatan Pertanian (8 kekosongan)

8. Pembantu Pertanian, Gred G17 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)

9. Pembantu Hidupan Liar, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)

10.Juruteknik (Letrik), Gred J17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)

11.Pembantu Penyelidik, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)

12.Pembantu Penilaian, Gred W17 di
a) Majlis Perbandaran Padawan (1 kekosongan)
b) Majlis Daerah Sri Aman (1 kekosongan)

13.Pembantu Penguatkuasa, Gred N17 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan) 14.Juruteknik (Awam), Gred J17 di
a) Jabatan Kerja Raya (14 kekosongan)
b) Jabatan Pengairan dan Saliran (3 kekosongan)

15.Pembantu Am Rendah, Gred N1 di
a) Jabatan Pertanian (7 kekosongan)
b) Pentadbiran Bahagian Samarahan (2 kekosongan)
c) Majlis Daerah Simunjan (1 kekosongan)
d) Pentadbiran Bahagian Sri Aman (1 kekosongan)

16.Pemandu Kenderaan Bermotor, Gred R3 di
a) Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
b) Jabatan Kerja Raya (1 kekosongan)

17.Pekerja Awam, Gred R1 di Majlis Daerah Kapit (1 kekosongan)

18.Tukang K3 (Tukang Kayu), Gred R9 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)

19.Pembantu Kesihatan Awam, Gred U17 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (7 kekosongan)

20.Tukang K3 (Tukang Paip), Gred R9 di Jabatan Kerja Raya (37 kekosongan)

21.Pengawal Keselamatan, Gred KP11 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)


Untuk memohon, boleh terus ke portal erecruitment.sarawak.gov.my dan dapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih..Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 01 Februari 2014







Isnin, 6 Januari 2014

SURAT PEMBERITAHUAN PENCALONAN

Setelah selesai ujian saringan dan calon layak diserap masuk ke kelas pemulihan, cikgu sekalian bolehlah menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa untuk emnyerap masuk murid pemulihan ke kelas pemulihan. File ini saya ubah suai dari surat yang dimuatnaik oleh rakan guru fb..moga file ini bermanfaat untuk semua..sharing is caring..slmt mnjalankan tugas guru-guru sekalian..

kredit kepada Cikgu Tamil Selvi Joseph atas perkongsian ini..sila KLIK DI SINI untuk file asal dan DOWNLOAD sini untuk file yang diubah suai.




BUKU LAPORAN LINUS

bahan ini saya ambil dan ubah suai dari rakan guru di laman Facebook. Silakan lah kongsi untuk memudahkan kerja dalam melaksanakan kelas Pemulihan yang lebih baik tahun ini..Selamat maju jaya..

kredit untuk Cikgu Fakarul Dahari atas perkongsian.
sila KLIK DI SINI untuk file asal dan DOWNLOAD sini untuk file yang diubah suai.



KALENDAR 2014


Untuk rujukan guru-guru membuat RPT & RPH kelas pemulihan. Untuk rujukan guru-guru bujang yang bakal melangsungkan perkahwinan..bolehlah tengok-tengok tarikh yang sesuai..hehehe~



Khamis, 2 Januari 2014

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2014

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014

Mulakan tahun 2014 dengan azam dan tekad dalam memajukan anak-anak pemulihan kita. Diharap thaun ini membawa keberkatan dalam bekerja mendidik anak bangsa. Selamat tahun baru 2014. Jom muat turun TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014.