Uii?Tak kan tengok je.:)

Rabu, 22 Januari 2014

KASIH Bersinar Kembali

Tahun 2014 menjelma meninggalkan kenangan 2013 yang terpahat kemas di ingatan. Apa yang ditinggalkan dahulu kini menjadi kenangan. Moga segala yang dilalui tahun sudah menjadi pengajaran dalam menimba pengalaman di bumi Tuhan.


Seperti siput..kehidupan ini singkat..
tapi kita terlalu perlahan untuk menongkah arus kehidupan..


Minggu ini selesai sudah segala Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik untuk calon-calon penghuni KASIH (Kamar Sinar Harapan) bagi sesi 2014. Dua orang murid tahun lepas masih menghuni kamar ini dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Cuma belum cukup mencapai tahap untuk melepasi Ujian Pelepasan untuk ke kamar Perdana pula.

Penghuni KASIH baharu..set induksi..kekemasan diri..
walaupun kita PEMULIHAN, tapi kita kemas..^_^

Tahun ini, 9 orang calon disenaraikan untuk diuji bagi menjalani Ujian Saringan dengan instrument terpilih iaitu IKAM & IPP2M. Seorang calon lulus sepenuhnya melepasi kesemua ujian yang diberi. Maka, tinggal 8 orang sahaja yang akan diserap masuk ke KASIH tahun ini. 2 orang murid tahun 1 akan diserap untuk mengikuti pembelajaran LINUS manakala 4 orang murid tahun 2 “Berjaya” diserap ke KASIH. Dua orang murid tahun 3 dari kohort KASIH 2013 masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas. Hihi.

Keseronokan bermain air..mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu kala..

Demi Sekerat Ilmu..si Bulat..walaupun terpaksa mengharungi banjir, ia tidak mematahkan
semangat anak Pra Sekolah ini untuk turun ke sekolah..

Diharap, penghuni KASIH tahun ini lebih bersemangat untuk belajar dan mengikuti sesi PdP bagi melayakkan diri ke kamar Perdana. Walaubagaimanapun, hanya hari Isnin sahaja PdP berlaku minggu ini atas sebab banjir. Situasi ini mengungkit kenangan lama zaman kanak-kanak dahulu menikmati keseronokkan bermain air. Cuaca seringkali hujan baru-baru ini. Diharap ia tidak menggangu sesi persekolahan kita. Semoga cikgu sekalian lebih bersemangat menempuhi hari-hari mencabar di dalam kelas Pemulihan masing-masing. Semoga Berjaya!! 

p/s : follow instagram saya.. #JhowieZacheus...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan