Uii?Tak kan tengok je.:)

Sabtu, 15 Mac 2014

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru 2014

Kepada lepasan SPM & STPM sekalian, borang permohonan secara online telah dibuka untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru bagi tahun 2014. 

Untuk membuat permohonan ke Program Perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik pautan berikut==>>::KLIK PAUTAN::
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred cemerlang (A+, A, A-) dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

UJIAN KELAYAKANPermohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.Calon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :

  1. Sesi Ujian Bertulis. - Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
  1. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal - Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani  Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.apps.moe.gov.mymulai 10 Mac 2014. 
  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. 
  • Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang:http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

SESI TEMU DUGA 

  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga


PEMILIHAN 

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG,  prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU 

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat pengajian. 

Permohonan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pula, sila klik pada pautan.==>>::KLIK PAUTAN::

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima Kasih.