Uii?Tak kan tengok je.:)

Khamis, 28 Ogos 2014

PANDUAN PEMBELAJARAN KELAS PEMULIHAN

Berikut merupakan Modul Pengajaran & Pembelajaran yang dikongsikan oleh Cikgu Ali dari kelas Pemulihan S.K Trusan, Lawas. Terima kasih Cikgu Ali atas perkongsian modul yang sangat berguna ini. Guru-guru bolehlah memuat turun "soft copy" modul ini di SINI. Terima Kasih. Semoga perkongsian ini bermanfaat. ^_^

Sabtu, 15 Mac 2014

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru 2014

Kepada lepasan SPM & STPM sekalian, borang permohonan secara online telah dibuka untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru bagi tahun 2014. 

Untuk membuat permohonan ke Program Perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik pautan berikut==>>::KLIK PAUTAN::
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred cemerlang (A+, A, A-) dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

UJIAN KELAYAKANPermohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.Calon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :

  1. Sesi Ujian Bertulis. - Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
  1. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal - Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani  Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.apps.moe.gov.mymulai 10 Mac 2014. 
  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. 
  • Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang:http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

SESI TEMU DUGA 

  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga


PEMILIHAN 

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG,  prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU 

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat pengajian. 

Permohonan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pula, sila klik pada pautan.==>>::KLIK PAUTAN::

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima Kasih.


Ahad, 9 Februari 2014

Permohonan Menyambung Pengajian Peringkat MASTER & PhD

Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? Tetapi dalam masa yang sama anda tidak mahu meninggalkan keluarga yang semakin berkembang. Anak-anak yang semakin membesar dan kekangan masa dan kerjaya menjadi penghalang? Kini tidak lagi! Anda boleh melanjutkan pengajian separuh masa dengan mendaftarkan diri di Open Universiti Malaysia. Banyak program lanjutan yang ditawarkan seperti berikut.

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)
Postgraduate Diploma in Teaching
Master of Instructional Design and Technology
Master of Education
Master of English Studies
Doctor of Philosophy (Education)
Doctor of Education

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)
Master of Islamic Studies
Master of Counselling

FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT (FBM)
Master of Business Administration
Master of Management
Master of Human Resource Management
Doctor of Philosophy (Business Administration)
Doctor of Business Administration

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY & MULTIMEDIA COMMUNICATION (FITMC)
Master of Information Technology
Doctor of Philosophy (Information Technology)

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)
Master of Project Management
Master of Occupational Safety and Health Risk Management
Doctor of Philosophy (Engineering)
Doctor of Philosophy (Science)

FACULTY OF NURSING & HEALTH SCIENCE (FONAS)
Master of Nursing
Doctor of Nursing

Bagi guru-guru yang mengajar sekitar Limbang, Lawas dan Miri, adalah digalakkan untuk mengambil Pusat di Kota Kinabalu kerana ramai yang pengambilan di sekitar Sarawak. Sila rujuk Sabah Sarawak Phd Master untuk maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun di BORANG PERMOHONAN.


Saya hanya menyampaikan maklumat ini dan tiada kena mengena dengan permohonan ini. (sebarang pertanyaan lanjut tidak akan dilayan. Sila rujuk link yang diberikan.TQ) Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima Kasih.

Rabu, 22 Januari 2014

Cara-cara Untuk Memuatnaik Documents/File/ Dalam Google DRIVE

Baik, untuk post kali ini saya akan berkongsi serba sedikit cara bagi mengelakkan maklumat anda hilang apabila hardisk anda rosak atau diserang virus. Selain dari “backup” file-file anda di dalam external hardisk (agak mahal-RM100/+-), ada kaedah yang lebih mudah dan selamat untuk anda menyimpan file-file mustahak anda. Saya ingin kongsikan kaedah ini kerana pada tahun lepas, saya kehilangan segala maklumat-maklumat mengenai kelas Pemulihan saya, file AR/tesis, video dan gambar-gambar yang telah saya kumpul sejak mula menjejakkan kaki ke institut perguruan.(JANGAN JADI SEPERTI SAYA!!) Jadi, saya akan kongsikan cara MURAH+MUDAH ini kepada anda.

Mula-mula, anda perlu memiliki akaun Google Mail terlebih dahulu. Jika belum ada, saya cadangkan anda agar membuat akaun terlebih dahulu. Sesudah itu baharulah saya akan terangkan lebih lanjut kaedah MURAH+MUDAH ini..

10minit kemudian…

Sudah memiliki akaun Google? Bagus! Sekarang kita boleh mula kaedah MURAH+MUDAH ini. Kaedah ini sebenarnya penyimpanan data-data di dalam hard drive akaun Google anda sendiri. Ini adalah teknik yang baru saya pelajari atau mungkin baru diperkenalkan oleh Google. Baik. Saya akan terangkan dengan mudah berdasarkan gambar di bawah.
  1.        Buat akaun Google
  2.        Login ke akaun dan buka gmail anda.
  3.        Lihat dipenjuru atas kanan dan tekan pada apps tersebut.

  4.    
  5.        Terdapat beberapa pilihan akan keluar dan tekan pada DRIVE.
  6.        Sekarang anda boleh muat naik file-file yang anda ingin dengan kaedah DRAG & DROP sahaja.
  7.  
  8.        Jika anda ingin drive anda lebih kemas, tekan pada butang CREATE dan namakan folder tersebut       dengan nama yang anda suka. 
  9.        Muatnaik file-file anda dan simpan kedalam folder mengikut kategori agar memudahkan anda pada     masa akan datang.
  10.        SELESAI!!mudah bukan?

Di sini, data anda selamat dari diserang virus (melainkan Google di”hack”) dan selamat dari dimakan anai-anai. Kini anda tidak lagi perlu membeli hardisk yang banyak dengan harga mahal. Muatnaik sahaja di Google Drive dan anda boleh buka dimana-mana sahaja tanpa perlu membawa hardisk atau laptop anda sendiri. Pinjam laptop kawan dan printout..Senang bukan?..semoga perkongsian ini bermanfaat..Terima Kasih!!


KASIH Bersinar Kembali

Tahun 2014 menjelma meninggalkan kenangan 2013 yang terpahat kemas di ingatan. Apa yang ditinggalkan dahulu kini menjadi kenangan. Moga segala yang dilalui tahun sudah menjadi pengajaran dalam menimba pengalaman di bumi Tuhan.


Seperti siput..kehidupan ini singkat..
tapi kita terlalu perlahan untuk menongkah arus kehidupan..


Minggu ini selesai sudah segala Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik untuk calon-calon penghuni KASIH (Kamar Sinar Harapan) bagi sesi 2014. Dua orang murid tahun lepas masih menghuni kamar ini dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Cuma belum cukup mencapai tahap untuk melepasi Ujian Pelepasan untuk ke kamar Perdana pula.

Penghuni KASIH baharu..set induksi..kekemasan diri..
walaupun kita PEMULIHAN, tapi kita kemas..^_^

Tahun ini, 9 orang calon disenaraikan untuk diuji bagi menjalani Ujian Saringan dengan instrument terpilih iaitu IKAM & IPP2M. Seorang calon lulus sepenuhnya melepasi kesemua ujian yang diberi. Maka, tinggal 8 orang sahaja yang akan diserap masuk ke KASIH tahun ini. 2 orang murid tahun 1 akan diserap untuk mengikuti pembelajaran LINUS manakala 4 orang murid tahun 2 “Berjaya” diserap ke KASIH. Dua orang murid tahun 3 dari kohort KASIH 2013 masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas. Hihi.

Keseronokan bermain air..mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu kala..

Demi Sekerat Ilmu..si Bulat..walaupun terpaksa mengharungi banjir, ia tidak mematahkan
semangat anak Pra Sekolah ini untuk turun ke sekolah..

Diharap, penghuni KASIH tahun ini lebih bersemangat untuk belajar dan mengikuti sesi PdP bagi melayakkan diri ke kamar Perdana. Walaubagaimanapun, hanya hari Isnin sahaja PdP berlaku minggu ini atas sebab banjir. Situasi ini mengungkit kenangan lama zaman kanak-kanak dahulu menikmati keseronokkan bermain air. Cuaca seringkali hujan baru-baru ini. Diharap ia tidak menggangu sesi persekolahan kita. Semoga cikgu sekalian lebih bersemangat menempuhi hari-hari mencabar di dalam kelas Pemulihan masing-masing. Semoga Berjaya!! 

p/s : follow instagram saya.. #JhowieZacheus...hehehe

Ahad, 12 Januari 2014

BUAT NAMECARD + TEMPLATE

Tahun ini, saya dilantik sebagai guru penyelaras Pusat Sumber memandangkan bilik Pemulihan berkongsi bangunan dengan Pusat Sumber sekolah dan hanya dipisahkan oleh rak-rak buku. Selepas ini, kedua-dua bilik ini perlu diubahsuai ataupun digabungkan terus mungkin? Terlintas juga difikiran untuk mewujudkan sebuah kelas Pemulihan di dalam Pusat Sumber atau Pusat Sumber di dalam kelas Peulihan. Hmm...ada idea yang lebih elok? Tak mengapa..biar saya mulakan dengan lantikan pengawas Pusat Sumber dahulu. 


Untuk menyuntik semangat murid-murid yang dilantik ini, saya buatkan mereka nametag ini. Disini saya sertakan nametag yang saya buat dan contoh templatenya sekali. Jika cikgu berminat, silalah PM saya cepat-cepat dan edit sahaja menggunakan Microsoft Words. Bubuh logo sekolah, nama sekolah, nama murid, tahun dan gambar murid. Format PNG template ini membolehkan cikgu-cikgu sekalian untuk drag sahaja gambar di belakang template dan letak elok-elok di dalam frame. Senang..selamat mencuba!! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..TQ!!

Hadapan
Belakang

Template Warna-warni!







Jumaat, 10 Januari 2014

BANNER MAULIDUL RASUL + TEMPLATE

Ini adalah design banner yang saya buat untuk sekolah saya bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada minggu hadapan. Mujur ada sedikit pengalaman membantu membuat kain rentang di maktab suatu ketika dahulu. Tetapi waktu tu kami masih menggunakan lukisan tangan dan cat PELAKA.

Untuk kali ini, kami menggunakan banner yang diprint di kedai kerana masa sudah terlalu singkat untuk membuat banner dengan lukisan tangan. Untuk design ini saya gunakan Adobe Photoshop CS3 dan dengan bantuan idea dari 3 guru lain  iaitu Cikgu Din, Ustaz Amin & Ustaz Hanif. Empat kepala dalam 1 banner..hehe..harap bila dah siap print esok tak ada masalah print pulak..

dengan ini saya sertakan hasil banner yang dah siap dan template background sekali..tulisan bubuh sendiri ye..hehe..semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. TQ!

Original Blue
Purple

Red


Orange

Blue

Green